Wednesday, July 7, 2010

PERUTUSAN TUAN GURU BESAR



Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. sekolah ini telah berjaya mewujudkan laman web buat kali pertamanya dalam sejarah atas inisiatif, kerjasama pelbagai pihak. Matlamat utama pengwujudan laman web Sekolah Kebangsaan Arau ini bagi berkongsi segala maklumat dan informasi yang dapat disalurkan bersama-sama sekolah yang lain. Selain daripada informasi terkini ia juga diharap dapat menjadikan ia sebagai portal yang membolehkan semua ibu bapa mendapatkan maklumat anak-anak mereka terus dari rumah.



Kepada semua warga pendidik di SK Arau ini, saya berharap agar semuanya dapat memanfaatkan kemudahan ICT dengan meningkatkan kemahiran masing-masing supaya lebih kompeten bagi dalam segala urusan kerja dan juga pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu mewujudkan idea yang kreatif dan inovatif. Kepada para ibu bapa dan komuniti setempat diharap dapat memanfaatkan saluran yang disediakan dan seterusnya menjadikan ia sebagai platform untuk berinteraksi dengan sekolah sekiranya mereka tidak mempunyai kesempatan untuk hadir bagi mendapatkan maklumat dan informasi berkaitan sekolah dan juga anak-anak mereka. Akhir kata saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Warga Guru SK Arau dan Ibu bapa terutamanya kepada Jawatankuasa Pembinaan Laman Web Sekolah kerana telah memberi sumbangan ikhlas dalam bentuk kepakaran ketika membuat Laman Web ini.. Sama-samalah kita bergerak ke arah dunia globalisasi melalui ICT dan menjadi masyarakat yang berteknologi. Sekian, terima kasih. Selamat Maju Jaya.









 
( Hj. Adanan B. Long, pjk )
Guru Besar,
Sekolah kebangsaan Arau