Tuesday, May 11, 2010

Maklumat ICT

PENGENALAN KEPADA PC

Mengenal Pasti Komponen PC
Objektif:

Setelah mengikuti aktiviti ini peserta dapat mengenal pasti komponen dalam kategori
1. input,
2. pemprosesan,
3. output.

Prosedur:

Anda akan mengenal pasti komponen komputer berasaskan kategori input, pemprosesan dan output.
Refleksi:
Anda diharap dapat menyatakan kepentingan setiap komponen.
Prosedur 1:

Mengenal pasti komponen
Secara umum komponen komputer boleh dikategorikan kepada input, pemprosesan, dan output berdasarkan model pemprosesan data.
Komponen input merupakan perkakasan yang berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer. Ia terdiri daripada papan kekunci dan tetikus. Komponen pemprosesan mengandungi Unit Pemprosesan Pusat, Memori, dan Storan. Sementara monitor dan pencetak pula dikategorikan sebagai komponen output.





Menyatakan Fungsi Komponen PC
Objektif:

Setelah mengikuti aktiviti ini anda dapat mengenal pasti fungsi bagi setiap komponen dalam kategori
a. Input,
b. Pemprosesan,
c. Output.

Prosedur:

Peserta akan menyatakan fungsi bagi setiap komponen yang ada.
Refleksi:
Peserta boleh menerangkan secara ringkas hubung kait dan saling bergantung antara komponen

Prosedur
1. Fungsi komponen input
a. Papan kekunci merupakan peranti yang digunakan untuk berinteraksi dengan unit sistem dengan menaip maklumat.


b. Tetikus merupakan alat yang digunakan untuk mengawal pergerakan penunjuk skrin.
Tetikus merupakan alat yang digunakan untuk mengawal pergerakan penunjuk skrin.

2. Fungsi Komponen Pemprosesan
a. Unit Pemprosesan Pusat
b. Memori - Terdapat dua jenis memori utama iaitu RAM dan ROM
i. RAM (Random Access Memory)
Berfungsi sebagai storan sementara yang bergantung kepada bekalan kuasa elektrik di mana kandungannya akan terpadam apabila bekalan kuasa diputuskan.
ii. ROM (Read Only Memory)
Sejenis memori yang boleh menyimpan secara kekal arahan dan maklumat yang terkandung di dalamnya walaupun tanpa bekalan kuasa.
c. Storan
Pemacu cakera berperanan sebagai peranti storan sekunder dan peranti output /input yang terdiri daripada cakera liut dan cakera keras
3. Fungsi Komponen Output
Sebagai peranti yang memaparkan hasil yang dilakukan oleh komputer.
a. Monitor
Memaparkan hasil pada skrinnya.
b. Pencetak
Memaparkan hasil dalam bentuk cetakan.


Hubungkait Komponen PC
Objektif:

Setelah mengikuti modul ini anda dapat menerangkan secara ringkas hubungkait komponen PC.

Prosedur:

Komponen input, pemprosesan, dan output dihubung kait dalam sistem PC dapat digambarkan seperti rajah-rajah berikut: